Tuesday, October 4, 2011

Kursus Audit Dalam ISO 9001:2008

"Buah Cempedak Di Luar Pagar
 Ambil Galah Tolong Jolokkan
 Kami Auditor Baru Belajar
 Kalau Salah, Tolonglah Tunjukkan"

Kursus Audit Dalam ISO 9001:2008 telah di adakan pada 19-21 Ogos 2011 bertempat di Hotel The Zone All Suites Residents, Jalan Ampang Kuala Lumpur. Kursus ini di hadiri oleh 33 orang peserta dari KPTM Alor Setar, Kuantan, Ipoh, Bangi dan Batu Pahat.

Kursus yang diadakan ini turut memberi pendedahan kepada auditor-auditor yang baru dilantik mengenai tugasan dan tanggungjawab seorang auditor. Ia dilihat sebagai salah satu usaha dan komitmen pihak Pengurusan KPTM sendiri untuk memastikan perjalanan sistem kualiti di setiap kolej cawangan sentiasa bergerak lancar seperti yang dihasratkan oleh Dato' Presiden.


Antara topik yang ditekankan dalam kursus selama 3 hari ini adalah tentang mengapa pentingnya sesuatu audit itu untuk dijalankan. Audit adalah satu pemeriksaan yang sistematik dan bebas dijalankan bagi memastikan aktiviti kualiti dan maklumbalas berkaitan mematuhi perancangan dan dilaksanakan.



 Encik Saifulkahar Shariff, Pengurus Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Jaminan Kualiti-tekun meneliti slide pembentangan untuk diberikan kepada para auditor.







Selain itu, auditor juga turut didedahkan mengenai kaedah audit berdasarkan klausa, di mana bagi auditor-auditor lama di KPTM Alor Setar, Kursus Audit Berdasarkan Klausa ini telahpun didedahkan pada April yang lalu oleh Konsultant ISO KPTM.


Antara isi kandungan pembentangan yang telah disediakan


Hasil Latihan Dalam Kumpulan


Antara aktiviti menarik yang diadakan untuk meningkatkan kefahaman para auditor mengenai audit dalam ini adalah latihan yang dibuat dalam bentuk kumpulan. Seorang fasilitator telah dilantik untuk membantu setiap kumpulan melaksanakan latihan-latihan yang dibuat khas, iaitu dalam bentuk kajian kes. Aktiviti seperti ini dilihat banyak membantu para auditor baharu dalam memperkemaskan kefahaman masing-masing dan diharap boleh diaplikasian untuk 'operasi' audit akan datang.


Antara peserta bengkel yang kelihatan ceria berbengkel



WP-En. Mohd Zaidi Zakaria, CIA-En. Ramlan Mohd & Auditor dalaman-Cik Puteri Nursyazwani

Auditor dalaman KPTM Alor Setar mewakili KPTM Alor Setar keseluruhannya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada pihak penganjur yang telah bertungkus lumus menjayakan bengkel pada kali ini. Diharapkan kita sama-sama beroleh ilmu yang bermanfaat sepanjang 3 hari tempoh berbengkel ini diadakan.

No comments:

Post a Comment