Lama betul blog ni tak diupdate. Sebagai admin, di bulan yang mulia ini, saya ingin memohon seribu keampunan atas segala kekurangan diri saya terutama ke'terlupaan' saya mengemaskini laman blog Sistem Pengurusan Kualiti, atau dengan nama spesifiknya ISO 9001:2008 bagi KPTM Alor Setar ini.
Serius betul, "haish ada dak NCR bahagian aku niiii.." |
Eh awal-awal dah tulis pasal NCR, OFI apa semua...hehe..Jangan laa marah saya...Biasanya kita (saya sendiri pun sama juga...) sering melihat perkara NCR dan OFI ini seolah-olah satu lubang di mana sesiapa yang ter'jatuh' pasti terasa 'sakit' dan 'malu' dan macam-macam lagi perasaan yang menyebabkan kita rasa tertekan dalam melaksanakan tugasan.
Namun, untuk melaksanakan segala tanggungjawab kerja yang diamanahkan Allah pada kita, sebaiknya kita buangkan segala fikiran-fikiran tersebut dan gantikan dengan yang lain. Seperti kata CIA (Ketua Audit Dalam) semasa sesi pembentangan NCR dan OFI pada hari itu, amalan ISO kita di Alor Setar ini telah masuk tahun yang ke-3. Jadi banyak signifikannya di situ, terutama sekali, kita telah mempunyai auditor-auditor terlatih yang telah mahir (sebab dah 3 tahun buat kerja audit) melaksanakan tugas masing-masing, tahu jer nak cari kat mana yer....So, AWAS...Dah tak boleh menyorok kat bawah tikar lagi...
Secara umumnya sesi mesyuarat pada hari itu berjalan dengan cukup lancar, di mana 6 perkara telah dibentangkan iaitu Jadual Penemuan Audit Susulan, Objektif Kualiti KPTM AS, Laporan Analisa Aduan & Maklumbalas Pelanggan, Laporan Tindakan Pembetulan & Pencegahan, Keperluan Latihan Kakitangan dan Penambahbaikan. Semua tindakan bagi NCR dan OFI juga telah dibincangkan dan akan dibuat tindakan susulan oleh Pegawai yang Bertanggungjawab.
Catat, catat tindakan susulan masing-masing |
Tuan CIA bertungkus lumus explain NCR dan OFI |
Meminjam kata-kata Tuan Pengarah yang meminjam kata-kata Dato' Presiden - "Tahun ini adalah tahun pemantapan". Jadi, amatlah besar hasrat Dato' agar kita sama-sama berusaha 'menjaga' kualiti kerja masing-masing supaya kita dapat menjadi seorang pekerja yang cemerlang di dunia lebih-lebih lagi di sisi Allah Yang Esa...
WP sedang membentangkan Objektif Kualiti dan Latihan Kakitangan |
Ayuh kita sama-sama semarakkan lagi usaha masing-masing. Insyaallah kalau tak terbalas di dunia sekalipun, pasti ada ganjarannya di 'sana' nanti.
Jumpa lagi di lain lembaran....