Friday, July 15, 2011

Bengkel Peningkatan Pemahaman ISO - Port Dickson, NS

Bengkel diadakan dari 13-15 Julai 2011 bertujuan untuk meningkatkan kefahaman AJK Pelaksana ISO berkenaan beberapa perkara. Antaranya adalah membincangkan tugas dan tanggungjawab AJK SPK iaitu Wakil Pengurusan (WP), Ketua Sistem Audit Dalam (KSAD), Pegawai Kualiti (PK) dan juga Pegawai Dokumen (PD).

Juga turut disentuh dalam bengkel yang diadakan selama 3 hari ini adalah perbincangan mengenai kelemahan yang terdapat dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di kolej cawangan dan cara-cara yang difikirkan sesuai bagi mengatasi kelemahan tersebut.

Majlis turut diserikan dengan taklimat yang diberikan oleh YB Dato' Presiden sendiri, yang gagah berdiri tanpa henti selama 3 jam berturut-turut. "Passion!", kata YB Dato' menyentuh kekuatannya yang mampu berdiri tanpa henti selama 3 jam tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada penganjur yang bersusah payah berusaha merealisasikan bengkel tersebut dan 'menjaga perut' para peserta dengan baik dengan hidangan menu 6 kali sehari itu. Terima kasih diucapkan.

Akhir kata, diharapkan perbincangan dan solusi yang dicadangkan kepada pihak pengurusan KPTM dapat membantu AJK Pelaksana ISO setiap kolej cawangan dan pihak pengurusan sendiri dalam memantapkan implementasi ISO 9001:2008 bagi Kolej Poly-Tech MARA.

No comments:

Post a Comment